Monday 2 April 2012

Sabah bah... ( Part 2 )

 Dah habis bergambar dan shopping teh kat Sabah Tea , kami semua memantulkan diri dalam kereta sekali lagi  untuk sampai ke jalan besar. Tak perlu tunggu lama, destinasi aku yang seterusnya ke 'Tagal' Sungai Moroli di Kampung Luanti. Memang tak jauh dan susah nak cari tempat ni, lepas sahaja dari jambatan masuk ke Sabah Tea ni di sebelah kiri dah boleh nampak dah sungai ni... 
  

Dah sampai

 So, lepas membelok ke kiri, kami terus masuk ke sini dan cari parking kereta... Entrance fees kat sini terbahagi kepada 3 kategori iaitu local people within Ranau , local outstation dan international . Bayaran untuk local outstation umuq 18> RM 5 dan umuq <18 RM 2 untuk 15 minit sahaja... Itu untuk rendam kaki sahaja tapi kalu ada sesiapa berhajat nak kena urut oleh ikan-ikan tu seluruh badan, kena tambah lagi RM 2 kalau aku tak silap ( dah lupa )..

  ' Tagal ' adalah perkataan dari Kadazan Dusun di sini yang membawa maksud ' tak boleh memancing ' atau dalam erti kata lain tak boleh tangkap ikan.. The idea is untuk memelihara environment dan eco system bagi generasi yang akan datang ... 

  Siyesly bila aku nampak air sungai kat sini teringat aku masa kat New Zealand, bersih giler air dia... Dah tu pulak aku sangka ikan tu semua kekecik je macam yang ada kat shopping depa buat fish massage tu... Sekali rope-ropenye ikan kelah besar-besar lengan laki aku tu.... Dah tu pulak , cecah kaki je kat air terus dia datang beramai-ramai tanpa perlu di panggil atau diumpan ... Aku cuba membayangkan kaki pancing yang datang ke sini, sedang gigih menahan diri dari cuba menangkap ikan-ikan yang meleset-leset kat kaki semua orang ... Keke...


Eeee gemuk nye kau...




Akak baju merah tu tukang jaga masa...


  Ada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini tak mau cuba di urut oleh ikan-ikan ni dengan alasan "takut kalau-kalau ikan-ikan ni dok gigit orang yang ada HIV atau Hepatitis " ..... Tergelak beso aku dengar orang tu cakap... Ni menunjukkan depa kurang baca buku tentang kaedah atau cara-cara penyakit tu di transmisikan .... Lagi pun ikan-ikan ni bukan menggigit tapi menghisap atau bahasa paling command ialah 'nyonyot'..... Bak kata orang-orang kat Ranau ni " ikan-ikan di sini pandai menyusu "....Hahaha... Pada aku, kalu depa letak ikan yang mengigit, nak nak gigi macam ikan phirana tu, sumpah aku tak singgah tempat ni pun takpe....

  Dah tamat masa 15 min, kami pun bergerak le untuk ke destinasi seterusnya... Tapi sebelum tu, kami menunaikan dulu kewajipan pada ALLAH di surau berhampiran... Dah selesai bersolat, kami singgah makan  durian berhampiran dengan surau di sini... Kalau korang suka durian, durian di Ranau ni antara salah satu perkara yang korang kena rasa atau cuba sebab biasanya durian yang di tanam di bukit atau tanah tinggi , rasanya extra sedap...

Nyesal ni kalau tak pekena...



Kaler je putih tapi bila makan, terlentang beb...

  Tengah aku syok makan durian, ternampak pulak akan aku buah yang agak pelik (sebab tak pernah nampak ).... Orang kat sini panggil mentega cina....



Cengginih ropenye....

  Rasa mentega cina macam keledek rebus yang warna oren tu, cuma dia ni tak payah masak, boleh dimakan begitu sahaja... Nak buat kuih pun buleh, cam labu pun ada gak rasanya.... Setengah biji je aku makan tapi kenyang sesangat ...

Goreng pun sodap ni....


  Selesai makan, aku mendongak ke langit yang mendung. Jam ditangan dah hampir ke pukul 4 petang.... Pikior punya pikior aku decide untuk membatalkan trip ke Poring hari ni... Nak patah balik ke simpang gi Poring dah berapa km, tiba sana takkan nak ambik gambo je ye dak... Paling kurang rendam-rendam dah 2 jam... So aku pun terpaksa la balik ke Kundasang dan check in kat lodging kami untuk malam ni.... Tempat ni hanya 200 meter dari Kinabalu Park dan ada orang yg suggest kat aku tempat ni... Before this aku pernah dok kat Kinabalu Pine Resort, the best view yang korang boleh dapat tengok peak of Mount Kinabalu just from your room tapi , bilik kat situ a bit cramp for me and my family... Bathroom pun tak maintain plus dalam satu hari banyak kali blackout sebab power tak cukup... So aku decide nak cuba kat sini J Residence .... 

View from my room...


Sebijik macam dlm gambar dia.

  Yang paling aku suka sekali bathroom dia sebab kat shower ada batu besar, depa tak alihkan masa under consruction dulu so boleh bersiram sambil dok temenung atas batu tu... Lagik satu, bathroom tu ada ruang kosong sikit antara dinding dan bumbungnya so bila malam korang akan dengar macam-macam jenis bunyi fauna kat luar sana which makes you feel so close to the nature and you can enjoy it especially masa tengah melepaskan 'hajat' ....Hehehe


The best part in my room...


  Nasib baik aku tukar plan for the last minuite sebab dan dan aku check in je terus hujan lebat... Masa ni aku dah terasa sejuk, seluruh tempat tu dah berkabus... Anak-anak aku melompat-lompat excited gile sebab kabus tu bergerak masuk dalam bilik kita orang.... Sojuk....

  Selepas hujan sepanjang malam, terkial-kial aku nak ambil wuduq' masa solat subuh pagi tu.... Memandangkan kabus kat luar sangat tebal, aku rasa lebih elok kalau aku sambung lagi sikit mimpi aku malam tadi...Lepas breakfast ala kadar, seawal 8.30 pagi kami dah bertolak ke Kinabalu Park.... Pada aku dah awal le tu aku berangkat sekali ropenye aku yg paling last sekali kat jresidence tu yang blah...

  





bersambung......


Monday 26 March 2012

Sabah bah... (Part 1)



  Biasanya kalau blog aku ni sunyi ada bunyi cengkerik tu, maka jawapannya aku gi jenjalan le tu... Macam yang aku dah mention dalam entry sebelum ni, destinasi aku kali ni ke Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau di Sabah Borneo. Ini bukan first time aku datang ke sini tapi masa dulu tu aku tak pandai lagi nak plan itinerary aku kalu nak pegi mana-mana...Main redah je... This time aku boleh eksen sebab aku buat sendiri dari mula sampai balik rumah. Trip kali ni aku berhajat sangat nak bawak mak aku gi jenjalan sebab dulu duit beliau selalu habis sebab nak membesarkan kami dan menyekolahkan kami dan juga sebagai 'upah' buat beliau sebab selalu tolong baby sit anak-anak aku kalu aku dating ngan laki aku...Hehehe


  Semua lodging aku dah settle kat sini awal2 so that bila tiba kat sana nanti idok le terhegeh2 nak cari dari satu hotel ke satu hotel... Harga pun boleh nego kalau pilih homestay... Cara aku carik lodging mudah aje, boleh tengok kat sini ibilik.com or mudah.my or agoda.com or tripadvisor.com or korang browse je mana2 website... Dah pilih2 mana yg berkenan baru le call dan booking... Aku bab lodging ni paling penting sekali of course katil empuk, 2nd bab kebersihan... Aku travel ke suatu tempat tu untuk hilangkan stress dan re boost our energy... Tapi kalau aku tak dapat tidur dan rehat dengan selesa di tambah lagi lodging yg tak maintain, kotor pulak tu , buat aku rasa nak menyumpah je....huhu...

  Untuk hari pertama memang takde apa yang nak dicerita sangat la sebab campur tolak naik flight turun flight, check in homestay , tu semua dah makan dekat satu hari.... Bila malam perut lapar gi cari makan lepas tu balik terus tidur je...

  Second day, seawal pukul 9 pagi kami dah keluar memulakan perjalanan kami ke Ranau dengan kereta yang kami sewa. Pada mulanya aku plan untuk ke Kinabalu Park di Kundasang dulu, tapi since aku menginap kat Kundasang semalam so lebih baik aku pergi tempat yang jauh dulu... Selepas 2 jam driving dari KK kami tiba di Kundasang dan stop sekejap sebab nature call ( tak boleh elak )...


Depan pintu masuk Kinabalu Park.


  Sesudah mengosongkan tangki memasing dan membasahkan tekak, kami menyambung perjalanan kami ke  ladang Teh Sabah di Ranau... Dari Kinabalu Park ke sini ada la dalam 45km... Tapi, jalan nak naik ke ladang teh tudari jalan besar, memantul-mantul kami kat dalam kete tu...


Tu dia... Batu besar-besar..

  Sabah Tea ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00pg - 4.30ptg , masuk percuma kecuali korang nak pegi melawat tea factory... Ada restoran kat sana so boleh la snacking sikit.....
Ladang teh yang luas...



Ke Sabah Tea House.

  Sabah Tea ini adalah satu-satunya teh yang organik di Borneo dan hanya beberapa sahaja seangkatan dengan nya yang terdapat di dunia... So amatlah rugi kalau tak di ambil peluang untuk melawat kesini dan minum teh Sabah ni... Dekat Sabah Tea House sini ada satu signature dish mereka yang musti kena terai iaitu tea pancake cecah madu yang dibuat dan-dan bila kita order, pastu lawan dia air Sabah teh pandan teh tarik....Mabeles....



Tiga keping jek dia bagi, mana cukup!

  Gambar Sabah tea pandan teh tarik takde sebab dah tinggal gelas je... So sila gunakan daya imaginasi anda yang tertinggi...Hehe


Sebab lapor lagi aku oder yang ni pulok...

  Dah siap makan, aku singgah kat gift shop untuk beli teh tapi yang special edition punya la, mana yang kat shopping takde jual... Packing nya lain-lain dan ada banyak perasa ( shopping teh paling tinggi dan adventure sekali dalam hidup aku )...Keke

Masalah ni, teh dengan berok dah tak kenal...


  Untuk pengetahuan korang, kat Sabah Tea ni adalah salah satu tempat yang bersejarah suatu ketika dulu dimana pada tahun 1942-45 seramai lebih 2 ribu orang tahanan dari Indonesia, tentera Australia dan British yang di tangkap semasa perang dunia ke-2 di Singapura, dibawa kesini dan dipaksa berjalan kaki tanpa henti, makan dan minum dari Sandakan ke Ranau oleh tentera Jepun... Dalam erti kata lain mereka menyeksa hingga mati secara perlahan-lahan sebab dia tak boleh bunuh tahanan secara sesuka hati...Jadi inilah cari Jepun nak bagi dia orang mati...

  Sepanjang perjalanan Sandakan Ranau Death Marches ni memang meragut banyak nyawa sehingga tiba di Ranau ni hanya tinggal 6 orang tentera dari Australia yang masih hidup itu pun sebab mereka berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh orang-orang tempatan... Orang yang terakhir meninggal dunia di sini seorang tentera Australia yang bernama Allan Quailey dan bersempena dengan itu, mereka telah menamakan tempat tu sebagai Quailey's Hill. Sampai sekarang every year waris dan ahli keluarga mangsa datang ke  sini berkumpul bersama-sama untuk memperingati mangsa-mangsa korban Sandakan Ranau Death Marches ini... Boleh baca lagi disini The Sandakan Track .....

Ni le tempatnye...



Tugu peringatan tempat Quailey menghembuskan nafasnya yg terakhir.




Meremang bulu roma aku bila baca ni...

                                         

Hemsem jugak kan !







Aramak... Bersambung lagi.....
                                           

Saturday 24 March 2012

Ke Sabah kita...

  Ok lama dah aku peram entry ni... sikit hari lagi dah boleh jadi budu... keke.... Byak giler entry yg aku hutang, tapi aku akan gigih melangsaikan hutang-hutang aku ( sambil rolling up my eyes )...

  Earlier in this month, aku sekeluarga pegi bercuti kat Kota Kinabalu, Sabah. Antara negeri-negeri kat Malaysia ni, pada aku Sabah yang paling cantik sekali dari segi scenery nya dan tak kurang juga sejarahnya... Itu pun aku cuma baru sampai kat KK, belum lagi pegi kat daerah yang lain-lain...And aku rasa ini lah salah satu sebabnya aku keep on coming back to Sabah untuk mengalami semula kedamaian dan keindahan alam yang Allah ciptakan untuk kita...

  Cakap banyak tak guna, aku bagi layan gambar dulu...




Always about nature..


Laut dan langit yang membiru, ombak pun merindu...kuikui




pingganbesar.blogspot.com
Puncak Gunung Kinabalu yang malu nak tunjuk muka..

  
  Bersambung le pulok....










Thursday 9 February 2012

Hari ni aku rajin masak...

  Haiwan dalam peti sejuk ada banyak tapi hari-hari makan lauk orang masakkan.... Aku pun takde plan nak pegi mana-mana hari ni , koje pun banyak, jadi se elok-eloknya kita dok rumah dan memasak le jawabnye.... Aku teringat aku ada beli kepala ikan salmon haritu kat shopping ( takkan kat Alaska pulak ), puas aku dok pikior nak masak apa kepala si salmon ni....Taraaa.... Dah dapat idea... Aku nak masak kari kepala ikan salmon.... Pastu untuk anak-anak aku masak ikan bawal sweet sour....So, moh le kite main masak-masak....
  Untuk kari macam biasa lah guna bawang merah, putih , halia.... Kalu suka bawang banyak letak le bebanyak kalu bawang ada dua tiga ketul je kat dapur tu pun takpe, belasah je.... Sendiri mau makan .... Dah tumbuk-tumbuk, panaskan le periuk .... Masukkan minyak sikit pastu aku tabur biji sawi ngan daun kari yg aku tanam kat dalam pasu depan rumah tu, dalam periuk... Aku ni feberet aku memasak guna perkakas tumis, so aku masuk le kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dgn buah pelaga...Dah ada naik bau sikit baru le masuk bawang yang dah ditumbuk tu... Bila dah nampak kuning-kuning sikit dan bau nya merebak-rebak, masukkan serbuk kari ikan ( ni style aku ), Dah naik bau baru tuang air asam jawa... Aku tak guna santan untuk kari ni... Kurangkan makan lemak....Dah tu bagi le perasa ikut sesedap rasa dan masukkan kepala ikan. Untuk nak pastikan yg ikan tu dah masak ke belum, tengok mata ikan tu, kalau dah bertukar jadi warna putih tu maksudnya dah masak dan bukan betukar jadi atomen....Pastikan dua-dua belah ikan tu masak sempurna, kacau jangan selalu nanti hancoq ikan tu... Nak cantik lagi masuk le tomato di potong empat....Dah siap, rasa pun dah ngancam, jangan lupa lak tutup api... Hangus le pulak kang... Kena masak kat kedai le pulak nanti...

Kari kepala ikan salmon yg aku masak...

  Untuk bawal sweet sour pulak, ikan bawal tu kena la goreng dulu ngan garam kunyit, pastu untuk sos nya guna bawang merah, putih dan halia jugak...Kalu malas nak tumbuk, hiris aje halus-halus... Pastu sebijik bawang besar dipotong dadu ( bukan duda ), nak tambah tomato pun boleh, batang saleri pun boleh.... Kalu ada capsicum warna warni lagik ngancam... Semua di potong dadu kan.... Haaa dah siap, dah boleh tumis bawang la, minyak jangan banyak-banyak, bawang dah naik bau dan kekuningan, tuang le air dalam satu mangkuk kecik... Then letak sos tomato dan cili....Agak-agak sama balance kaler dan rasa tak masam sangat, letak le semua bahan-bahan yang didadu dan perasakan... Lagi sedap kalau ada kiub ayam yg dicampak sekali dalam kuali tu... Dah mendidih, jangan tunggu sampai bahan-bahan tu terlalu masak, nanti tak sedap pulak makan sayur dah layu....Kemudian terus tuang je atas ikan bawal yg dah siap goreng tadi ... Kalau suka daun ketumbar, boleh tabur sikit kat atas kuah tu ....

Ikan bawal sweet sour yg aku masak jugak...


  Amacam ??? Dah teruja tak nak masak.... Aku ni masak ada musim.... Tapi aku harap musim aku tu idok le datang lepas bebulan-bulan, sekali jek dia mari....Ok sila mencoba-coba.....

  Till then....Idea next entry belum mari lagi....


Tuesday 7 February 2012

Nak cuba berdiet....

  Sekarang ni aku tengah nak berusaha mengurangkan sedikit berat badan dan stay healthy.... Banyak lagi benda yg aku belum capai dalam hidup ni.... Sedikit sebanyak, rancangan di TV satelit "the biggest loser" tu memang banyak menyedarkan aku tentang kehidupan dan mereka yg kita sayang di sekeliling kita... Baru-baru ni aku di masukkan ke hospital kerana Bronchitis dan lazimnya kalau pesakit datang dgn demam yg tinggi mereka akan ambil sample darah untuk test yg secara general boleh meng-explain our current situation... So, one of the result came out shows cholesterol level aku dah terlebih sedikit dr paras normal... Pada umur yg seawal 30an ni aku rasa macam terpana bila dengar Dr cakap result tu kat aku... Aku dah terbayang kat depan mata aku lobster, udang besar, kfc, pizza, mc D dan macam-macam lg yg aku dok mentekedarah tak agak-agak... Itu belum lagi habit minum air manis.... Ayok!!! Takut aku nanti cukup bulan kena potong kaki...
  Oleh itu aku sekarang cuba mengamalkan minum air suam je walaupun gi makan kat kedai... Anak-anak pun aku dah mula ajar depa dari depa muda-muda ni... Pegi sekolah pun bawak bekal air masak je... Kalu nak oder air sedap sikit, aku akan mintak kurang manis, kalau manis gak aku pulang balik.... Makan pun aku dah kurangkan pengambilan nasi... Aku banyak makan lauk je... Laki aku lagi le, dah tak makan nasi langsung dekat dua bulan dah ni.... Kami banyak makan masakan yg dikukus atau di grill.... Kalau nak goreng, minyak guna ciput je... Boleh jimat jugak... Tapi aku nak bagitau, untuk nak makan makanan dan masak makanan yang sihat ni, memang agak mahal sedikit harganya.... Tapi bila difikirkan kos hospital dan nak mengubat penyakit yang belum tentu boleh sembuh tu, takde tolok bandingnya beb....'Invest' sikit je sekarang tapi untuk jangka masa yang panjang 'dividen' dia kita dapat nikmati....
  Untuk permulaan, hari tu aku cuba le buat ayam bakar tapi nasib baik lom terbakar... Resipi, aku belasah sendiri.... Apa yang ada kat dalam pantry aku tu aku bubuh jek... Mula-mula aku letak garam ngan black pepper dulu pd seluruh ayam tu.... Pastu aku marinade kan dengan mixed herbs yg aku selalu bubuh kat dalam sos spaghetti, kemudian aku jumpa sos lea & perrins pun aku bubuh gak, honey untuk nak bg rasa manis-manis sikit, pastu ada lemon, aku perah le kat atas ayam tu then aku potong butter kecik-kecik dan letak kat bawah kulit ayam tu.... Aku biar dalam sejam pastu aku letak dalam dulang membakar, tapi sebelum aku letak kat dulang tu, base dulang tu aku susunkan kentang yg dipotong sederhana besar dengan carrot dan bawang besar.... Aku suka letak bawang besar sebab bila dah bakar bersama ayam ni dia rasa manis... Bawang besar ni x payah mayang cuma belah empat je... Dah siap tu semua, masuk le dalam oven yg dah dipanaskan awal-awal... Masak le dalam suhu 170 c at least selama satu jam... Jangan makan kalau ayam tu lom masak betul-betul... Sakit perut le pulak nanti, kesian kat anak-anak pun ye jugak.... Body immune system depa belum berapa strong enough macam orang dewasa...

Nasib baik menjadi... Kalu tak , lauk kedai le jawabnye... 

 Aku makan ayam ni dengan mixed salad je... Alamak takdo pulak gambo dalam pinggan aku, sebab dah kebuloq sangat le tu... Untuk desert, aku ada beli jeli kelapa dari Siam....Special nya jelly tu rasanya kurang manis sedikit dan ada bau dan rasa pandan yang menaikkan rasanya.... Jelly tu sendiri pun di sejuk beku kan dalam kelapa tu sendiri....

Ngancam tak ??
 

  Ok sampai sini je info yang aku nak share kan untuk semua...Till then ....



p/s: ni idea memandai aku je resipi ni, korang boleh le nak ubah-ubah ikut kesesuaian korang....:)

Wednesday 1 February 2012

Lapar Perut di Ipoh...

Assalamualaikum...

  Wah wah wah...Bercuti panjang aku nampaknya ye!!! Ok aku tak mau merapu ke laut bagai, aku ade banyak hutang... Dan hutang perlu di langsaikan sooner or later... Ni cerita pasal aku pi Ipoh akhir tahun lepas ... Ada ramai jugak yg bg suggestion kat aku nak makan apa dan kat mana yg sedap2 kat sini... Tp aku cuma ambik suggestion tempat2 yg pada aku menarik perhatian aku je laa.. Perut aku pun bukannye boleh sumbat bebanyak ...

  Kat Ipoh tu aku stayed kat Impiana Hotel... Aku mmg nak puji hotel kat situ sbb buffet breakfast dia sedap2 belaka.... Roti2 tu biasa la kan pastu ada bubur nasi, dim sum, cereal for kids, nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee sup and lots of thing to choose.... Yang aku suka nasi goreng, mee goreng and mee sup dia hari2 depa tukar2 perasa tajuk dia... maksud aku kalau hari ni nasi goreng cina, esok nasi goreng kampung... Pastu gerenti sedap... Bila breakfast aku memang melantak sakan pastu kenyang sampai ke petang... Tengahari aku cuma munch2 je apa yg ade...Gambar buffet breakfast takde sebab aku makan tak ingat benda lain lg dah so sila guna imaginasi tahap gaban korang...hahaha

  Malam yg pertama aku kat sana, aku di suggest kan utk try kat restoran ni.... Walaupun hujan selebat2nya, tapi aku tetap gigih pegi jugak sebab lapar perut dah... Nama restoran ni Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung... Restoran ni besar, siap ada ruang VIP dan hall kalau ada yg nak buat dinner gathering dalam kumpulan yang besar... Tokeh restoran ni orang dari pantai timur... Dia punya sgnature dish kat sini nasi lemak ayam kampung dan belut... For starter aku try ambik ayam kampung dua ketul je untuk nak test...  Ayam kampung tu di goreng pastu yg penting sampai kat meja aku masih panas lagi... Walaupun ayam kampung ni tak banyak daging, tapi the way dia org goreng tu tak terlalu lama supaya daging tu tak kecut tapi masak sampai ke dalam, ranggup bila di makan dan kurang garam tapi sesedap rasa...

Ayam kampung goreng cecah sos...
  Bila dah warm up dengan ayam kampung tu goreng tu, aku order lagi signature dish dia BELUT ... Ada mcm2 cara masak yg boleh di pilih tapi aku pilih belut goreng pedas dan sup tomyam belut. Untuk anak2 aku order sup ayam kampung dan aku ambik lagi satu dish ketam goreng kari semua dimakan dengan nasi putih...

Opp aku rasa aku takde oder mangkuk..
  Haha nasi dia nyorok bawah mangkuk tu... Aku tak tunggu lama untuk order aku sampai kat meja aku... Mula2 aku test sup ayam kampung sebab nak pastikan tak pedas (untuk anak2 kan..). Perghhh memang terbeliak bijik mata aku dengan kesedapan sup tu.. Ayam kampung tu sendiri punye la lembut, sup nye pulak ada rasa masam2 sikit dan ada letak daun limau purut lagik..Pastu aku test sup tomyam belut pulak, perghhh lagik sekali, punya lah pekat sup tomyam nye memang terangkat... Cuma ada sikit manis dan kurang masam... Kalau ditambah masam lagi sikit memang perfect!

Sup tomyam belut tp belut semua aku dah telan

Sup ayam kampung power
  Lagi hidangan tak henti sampai kat meja aku, belut goreng pedas pulak... aku rasa nak terlentang ke belakang... Walaupun nama dia goreng pedas tapi  tak terlalu pedas so orang yang macam aku berani tapi takut ni boleh le makan...Daging belut tu lembut tapi rasa kenyal sikit bila nak kunyah, di goreng dengan kunyit dulu then baru digoreng bercili, rasa manis2 pedas, terangkat habis...

Sila kesat air liur anda...


  Dah habis merasa belut goreng pedas, aku pindah pulak ke ketam goreng kari....Terlentang lagi aku... Rempah kari dia cukup pekat, melekat kena pulak ngan isi ketam yg manis, fuuuhhhh habis la angan2 aku nak jadi kurus.....Hampeh...

Memang menggugat iman...
  Tengah syok2 makan rasa itu ini, anak aku lapar lagi ( sedap sanggat le tu sampai x cukup ), so instead of mintak nasi tambah, aku orderkan untuk dia nasi lemak ayam kampung.... Cam biasa sampai kat meja, kena stop dulu depan aku untuk sesi mengetest... Nasi lemak dia sikit punya wangi daa bau pandan then cukup lemak dan lembut berderai.... Ayam kampung di goreng macam yg mula2 aku makan...Sambalnya pun manis2 pedas so anak aku pun boleh makan....

Kalau le skrin ni boleh keluar bau...
 


   Akhirnya hujan dah teduh, perut semua dah tegolek kenyang, kami pun cuba lah mencari jalan pulang ke hotel... Untuk sesiapa yg ada hajat nak rasa jugak keenakkan masakan kat sini, restoran ni kat jalan Ali Pitchay, Ipoh... Harga pun idok le memeranjatkan aku, biasa2 je dan berpatutan dgn kedai nye....Korang boleh tengok kat website dia jugak di www.retorannasilemakayamkampung.com ... Ni aku bg lg sikit gambar2 yg aku ambik di depan restoran ni....layankan ajek...

Ade desert gak tp perut aku dah takde space..
Hambik kau ayam kampung goreng ni.. cukup?
Kerang dlm sampan, tengah tunggu nak masuk periuk ..
Sifud lain pun ada gak... Siapkan duit ngan perut kosong je..
Cenggini le depan restoran nye....
  Ok cukup la gambar2 yg aku tepek ni kang ada pulak yg pening lalat.... Sampai sini aje entry aku untuk kali ni, nanti aku sambung lg sikit pasal kat Ipoh ni dalam masa yg terdekat ni ( tgh rajin nok )...

  Adios amigos....




Thursday 19 January 2012

Tahun Baru....

  Selamat tahun baru walaupun dah lambat...Tapi tak lama lagi nak Tahun Baru Cina pulak ye dok!!! Diam tak diam dah sebulan aku menyepikan diri...Apadaaa... Aku ni ingatkan kenapa la lappy aku ni rosak tak memasal, anak2 aku le yg jd mangsa kena marah dengan aku sebab terlebih rajin download game banyak2....Sekali rope2nye aku tak bayar internet daa sampai kena bar...Hahahaha... Pek! Selipar kena kat muka aku...
   Ok pasni kena rajin2 hapdet entry ( azam tahun baru )... Untuk kaum Cina aku ucapkan Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai.... Mlm raya nanti aku nak dok kat anjung rumah, sambil makan biskut tongkat cecah air kopi O, tengok korang lawan bakar bunga api sape yg paling lama tak abis2....Nak tido kompom tak nyenyak punya asyik dok tekejut2 je kang terperanjat... Baik aku join d club...
  Ok aku ada banyak hutang kat sini.. Entry pasal aku makan2 kat Ipoh itu hari pun lom siap lagik... I'll be back  really very soon...
  Gua chow dulu...